TIPS PENGGUNAAN PERMAIDANI

Penggunaan permaidani pada masa kini telah meluas tidak kira sama ada pemilik rumah ingin menggunakannya pada keseluruhan ruang atau pada tempat tertentu sahaja. Persembahan corak pada permaidani juga memainkan peranan besar untuk pemilik rumah memilikinya sama ada ia mengetengahkan konsep moden ataupun klasik. Tapi, sebelum membeli permaidani, terdapat beberapa tips dan info yang perlu diambil kira. Berikut merupakan antara tips dan info untuk anda yang hendak menggunakan permaidani:

 

(1) Penggunaan permaidani yang berwarna cerah membantu menampakkan ruang kelihatan luas dan cerah.

 

(2) Manakala, ruang akan nampak sofistikated dan cozy jika anda menggunakan permaidani yang berona gelap. Lebih-lebih lagi jika ia disimbah dengan pencahayaan warna yang mengasyikkan!

 

(3) Untuk ruang kediaman yang mempunyai perabot yang minimum, anda disarankan untuk menggunakan permaidani yang bermotif atau mempunyai warna yang menyerlah sebagai titik tumpu pada sesuatu ruang.

 

(4) Bagi penggunaan permaidani yang kerap dipijak dan tidak mahu kelihatan kotor dan kusam, anda boleh mengalas bahagian atasnya dengan ambal.

 

(5) Kerja vakuum permaidani akan lebih mudah jika anda meletakkan ambal kecil pada bahagian bawah meja tersebut dan membersihkannya tanpa perlu vakuum keseluruhan permaidani.

 

(6) Hindari masalah permaidani yang mudah teralih kedudukannya dengan menggunakan pelapik permaidani anti gelincir. Penggunaan pelapik ini akan memastikan permaidani atau ambal melekap kemas pada lantai.

 

(7) Jika terdapat ahli keluarga yang mempunyai masalah kulit ekzema, sebaiknya adalah lebih baik jika anda tidak menggunakkannya dan menghindari penggunaannya.

 

(8) Warna permaidani yang dipilih mestilah bersesuaian dengan dinding kediaman anda kerana ia SANGAT berkait rapat.

 

(9) Disebabkan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap, wall to wall carpet tidak sesuai dibuat kerana ia akan mudah berbau hapak.

 

(10) Yang terakhir sekali, pastikan permaidani yang dipilih bersesuaian dengan tema dekorasi kediaman, jumlah penghuni, masa untuk pembersihan dan bajet.

 

*Sumber Rujukan: www.impiana.my

 

gray-and-yellow-living-room

Sumber gambar: www.home-designing.com

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This