TIPS PEMBELIAN KATIL DAN TILAM

Pemilihan katil dan tilam yang tepat adalah sangat penting kerana anda akan menggunakannya dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, jangan terburu-buru dalam membuat pembelian. Berikut merupakan tips-tips yang boleh anda ikuti sebelum membuat pembelian:

 

TIPS 1:

Ukur keluasan bilik tidur anda untuk memudahkan urusan anda dalam mengenalpasti dan memilih saiz katil yang sesuai dengan ruang bilik tidur anda.

 

TIPS 2:

Utamakan gaya pilihan anda dalam membeli katil supaya anda berasa puas hati dan tidak menyesal di kemudian hari. Ikut kata hati dan citarasa anda kerana anda akan menggunakan katil ini dalam jangka masa yang panjang.

 

TIPS 3:

Pemilihan struktur tampungan tilam yang tepat amat penting bagi menjamin keselesaan anda terutamanya ketika waktu tidur.

 

TIPS 4:

Buat keputusan yang tepat dalam pembelian tilam dan katil. Luangkan sedikit masa untuk membeli katil dan tilam dan anda tidak perlu tergesa-gesa dalam membelinya. Libatkan sekali mereka yang tidur sekatil dengan anda dalam aktiviti pembelian ini agar kedua-duanya berpuas hati.

 

TIPS 5:

Cari harga tilam dan katil yang berpatutan dan sesuai dengan citarasa anda ekoran terdapat banyak jenama katil atau tilam.

 

900-114388948-pretty-pink-bedroom-color

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This