SENANGNYA MENYUSUN ATUR ALMARI KECIL!

Saiz almari bukan penghalang untuk anda mengabaikan aspek kekemasan almari anda! Berikut merupakan antara teknik mudah menyusun atur almari anda:

 

(1) SINGKIRKAN!

Think back sudah berapa lama anda tidak mengemas almari anda? Mungkin akibat kekangan masa, anda tidak sempat untuk mengemas almari secara keseluruhan. Tetapi, better late than never, right? Cari masa yang sesuai untuk mengemas almari anda secara keseluruhan dan singkirkan pakaian yang dirasakan tidak boleh digunakan lagi.

before-and-after-purge

Cuba lihat gambar di atas! Gambar “After Purge”. Berapa banyak hanger kosong yang tergantung, bukan? Anda hanya perlu memulakan langkah pertama untuk menyingkirkan pakaian yang tidak digunakan lagi dan anda akan nampak hasilnya sangat menakjubkan! Aktiviti memakai pakaian akan jadi lebih mudah dengan hanya terdapat baju yang betul-betul penting untuk anda di almari kecil ini!

 

(2) BUAT SATU “LIST” TENTANG APA YANG DIPERLUKAN DI RUANG ANDA, KEMUDIAN SEDIAKAN PERALATAN UNTUK MENJADIKAN IA BERFUNGSI!

PAP! Taip sahaja di Google mengenai tips dan idea untuk menyusun atur almari, pasti tidak kurang pun dari satu minit, google mampu memberikan jawapan kepada persoalan anda! Namun, setiap orang pasti berbeza-beza keperluan terhadap almari pakaian masing-masing. Begitu juga dengan anda! Anda sendiri yang perlu menentukan keperluan untuk ruang almari anda demi keselesaan sendiri!

screen-shot-2015-08-20-at-9-56-28-pm-680x366

Sebagai contoh, jika anda memerlukan ruang untuk meletakkan seluar, anda perlu sediakan ruang di almari anda untuk bahagian seluar tersebut. Begitu juga dengan pakaian anda yang lain. List semua keperluan tersebut dan setelah itu, barulah anda boleh menyusun atur almari anda dengan lebih baik berdasarkan keperluan anda tadi.

 

(3) BETULKAN BROKEN SYSTEM!

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana anda perlu menggunakan sesuatu benda untuk mengambil barang yang diletakkan di tempat tinggi, atau, keadaan di mana kasut anda berselerak walaupun terdapat rak dan lain-lain keadaan yang dipanggil “broken system”. Sebagai contoh, seperti gambar di bawah ini, scarves yang disusun pada satu hanger ini pasti akan senget ke sebelah kiri atau kanan. Pasti anda rimas dengan situasi yang sama, bukan? Jadi, apa yang anda perlu lakukan adalah anda perlu betulkan semula tempat penyimpanan untuk scarves ini.

old-scarf-system-453x680

Ini merupakan salah satu idea untuk menyelesaikan masalah tempat penyimpanan scarves tadi. Dengan hanya menggunakan tempat menggantung seluar yang lama sahaja!

pants-hanger-453x680

Tadaa! Inilah hasilnya! Kini, tempat penyimpanan scarves nampak lebih balance dan masalah yang sama tidak akan berlaku lagi!

scarves-hanging-453x680

 

(4) GUNAKAN RUANG SEPENUHNYA!

Jangan biarkan ruang almari kecil anda kosong tanpa isi! Gunakan sepenuhnya ruang tersebut dengan menggunakan sistem baru iaitu menggunakan kepingan. Sistem ini lebih sistematik dan jimat kos! Kenalpasti dahulu keperluan di setiap ruang dan jumlah kepingan yang diperlukan sebelum membuat keputusan untuk membelinya! Di bawah ini merupakan salah satu contoh sistem kepingan tersebut:

 

Sebagai permulaan, susun atur dahulu bahagian kepingan tersebut secara vertical seperti gambar di bawah.

verticals

Kemudian, susun atur pula kepingan tersebut pada bahagian horizontal seperti gambar di bawah.

empty-algot-edit

Sistem almari anda semakin siap!

donnies-side-empty-453x680

abbys-side-empty-453x680

Tadaa! Inilah hasilnya! Sungguh menakjubkan, bukan? Kini almari anda kelihatan lebih tersusun dan kemas. Ruang juga telah digunakan secara keseluruhan.

final-closet-cropped

*Sumber Rujukan: http://justagirlandherblog.com/how-to-organize-a-small-closet/

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This