RUANG TANGGA JUGA MAHU BERGAYA

11174440_811413718912770_1867773172524932636_o

Seperti ruangan yang lain di kediaman anda, ruang pada tangga juga mahu kelihatan bergaya dan cantik! Jangan abaikan ruang pada tangga ini. Tangga bukan sahaja tempat untuk anda naik dan turun dari tingkat bawah ke atas ataupun sebaliknya. Ia juga boleh dihiasi seperti di ruangan lain di kediaman anda walaupun ia tidak memerlukan peletakan perabot dan sebagainya. Ruang tangga ini mampu mencipta daya penarik di kediaman anda!

 

Tapi, SEBELUM tu anda mestilah membuat pemerhatian terlebih dahulu mengenai keadaan keseluruhan tangga di kediaman anda kerana setiap rumah memiliki reka bentuk dan ketinggian tangga yang berbeza-beza. Selepas itu, barulah anda boleh menghias ruang tangga anda dengan tenang. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian sebelum menghias ruang tangga anda:

 

(1) DINDING

Dinding pada ruang tangga anda sekarang jangan hanya dibiarkan kosong dan tidak bermaya sebaliknya hiasilah ia dengan wallpaper yang mempunyai motif tertentu mengikut citarasa anda. Selain itu, anda juga boleh menggantung bingkai gambar potret keluarga, pemandangan atau apa jua hiasan dinding yang menarik! Lebih hebat lagi jika ia merupakan hasil seni daripada air tangan anda sendiri! Wujudkan sistem pencahayaan yang menarik di satu sudut ruang tangga anda dengan menghalakan lampu spotlight ke arahnya.

 

(2) RUANG SISI TANGGA

Kebiasaannya, ruang sisi tangga akan menjadi sebahagian daripada ruang tamu anda terutamanya bagi rumah yang sempit. Ruang ini biasanya akan diletakkan pelbagai rekaan meja, sofa ataupun kabinet. Bagi anda yang memiliki saiz kediaman yang agak sempit, anda disarankan untuk meletakkan perabot yang bersaiz kecil dan rendah. Jika tidak, perabot tersebut akan kelihatan seolah-olah menghalang tangga tersebut. Sebagai penyegar dan penyejuk mata, anda boleh menghiasi ruang sisi tangga anda dengan meletakkan pokok perhiasan sama ada di dalam pasu atau lebih kreatif lagi, boleh juga membina tempat khas seperti kolam mini.

 

(3) SUDUT TANGGA

Berhati-hati untuk meletakkan perhiasan seperti pasu seramik, pasu bunga ataupun apa jua perhiasan dekorasi lain yang menarik jika di rumah anda terdapat anak kecil ataupun haiwan peliharaan. Alternatif lain untuk hiasan pada ruangan ini adalah anda boleh meletakkan permulaan karya typography yang tidak mahu digantung dan diletakkan di atas stand. Ia juga satu idea yang menarik untuk dicuba!

 

(4) RUANG BAWAH TANGGA

Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad kebiasaannya akan menjadikan ruang bawah tangga sebagai stor terutamanya. Ada juga yang menjadikannya sebagai tempat kerja atau dihiasi dengan perabot tertentu. Ramai yang masih tidak mengguanakan ruang tangga ini dengan efektif. Untuk pengetahuan anda, ruang di bawah tangga ini boleh juga dijadikan sebagai ruang belajar untuk anak-anak anda ataupun sebagai ruang kerja anda. Anda hanya perlu meletakkan sahaja sebuah meja kecil, kerusi dan lampu meja serta sedikit perhiasan yang menarik. Disebabkan ruangan ini mempunyai masalah dalam pencahayaan, pastikan lampu meja dan dinding yang disediakan cukup optimum.

 

(5) GANTUNGAN LAMPU

Jangan risau jika anda mempunyai tangga yang mempunyai tangga dan siling yang tinggi kerana anda juga boleh mewujudkan impak yang dramatik pada bahagian ini dengan meletakkan lampu candelier!

 

Sumber Rujukan: www.impiana.my

 

 

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This