PELAJARI WARNA BASIC DAHULU SEBELUM MULA MENGECAT!

Sebelum memulakan kerja-kerja mengecat, fahami terlebih dahulu apakah itu warna dan apakah ciri-ciri warna tersebut. Hal ini kerana ia dapat membantu anda untuk menyelesaikan projek mengecat anda dengan jayanya! Anda juga perlu mempelajari bagaimana warna boleh memberi kesan visual dan feel terhadap sesuatu ruang kerana dari situlah anda dapat belajar untuk memilih warna cat yang tepat di permulaan projek mengecat anda!

 

Untuk pengetahuan semua, warna terhasil daripada sinaran cahaya pada sesuatu permukaan dan akan memantul daripada permukaan tersebut di mana kemudiannya akan tertangkap oleh mata kita – lebih spesifik adalah daripada optic nerve pada bahagian mata yang berfungsi untuk menghantar signal pada otak supaya kita tahu apakah sesuatu warna itu.

eye

 

Tahukah anda juga kenapa setiap warna adalah berbeza-beza warnanya? Jawapannya adalah kerana adanya wavelengths of light yang berbeza-beza. Jadi, setiap perbezaan wavelengths of light tersebut akan menghasilkan warna yang berbeza-beza pada pandangan mata manusia. Hebat bukan ciptaan Tuhan? Perbezaan wavelengths of light tersebut adalah antara sebab kenapa jumlah dan jenis cahaya di dalam ruang dalaman kediaman anda dapat memberi kesan kepada warna secara drastik.

 

wavelengthspectrum-1

 

Di bawah ini menerangkan dengan lebih khusus apakah warna yang terdapat pada bahagian visible light seperti gambar di atas.

grow_light_-3

 

Di samping itu, pasti anda pernah juga mengalami situasi di mana anda melihat warna pada dinding yang telah siap dicat adalah berbeza dengan warna cat sebelum dicat pada dinding, bukan? Situasi atau masalah ini juga sering dialami oleh Do-It-Yourself Painters dan ia terjadi akibat daripada kesan yang dipanggil metamerism. Kemasan cat dan warna yang bersinar di atas permukaan tersebut boleh mengubah cara pandang seseorang terhadap warna cat tersebut. Gambar di bawah ini menunjukkan kesan metamerism pada sesuatu ruang bergantung pada cahaya yang bersinar ke atasnya.

metamers-slider

 

Selain itu, warna juga secara dramatik boleh mempengaruhi cara pandang dan perasaan seseorang terhadap sesuatu ruang. Di dalam peraturan umum mengecat, warna gelap akan menjadikan ruang kelihatan lebih sempit, atau kelihatan lebih cozy jika itu kesan warna yang anda rasai. Manakala, warna cerah pula akan menjadikan ruang kelihatan lebih luas. Warna cerah dan lembut sangat ideal untuk membuat ruang kecil tampak lebih besar daripada keadaan ruang yang sebenar.

 

Oleh itu, dalam memilih warna, anda perlu mengingati tiga (3) ciri warna agar projek mengecat anda berjalan dengan jayanya iaitu:

huechromavalue

 

(1) Hue atau dikenali sebagai warna/tona warna

Nama warna yang bermula dengan mengenalpasti dua belas warna yang sepadan atau bersamaan dengannya pada roda warna – contoh; biru atau merah

colorwheel1

(2) Intensity atau ukuran ketulenan sesuatu warna/hue tersebut.

Menurut Art Studio Chalkboard, intensity warna merujuk kepada bagaimana terang atau pudarnya sesuatu warna tersebut. Intensity warna juga dikenali sebagai saturation atau chroma. Warna yang terang dianggap lebih tulen, manakala, warna yang pudar pula boleh wujud dalam keadaan yang tidak dapat dibezakan atau kelabu.

857a6c9a2ac7e90d7087379ac8988851

(3) Value 

Value of colour menentukan atau mengukur terang atau gelapnya sesuatu warna tersebut. Tint adalah term yang digunakan bagi menghuraikan hue yang lebih terang bermula daripada normal value dengan menambah warna putih ke dalam hue tersebut. Manakala, shade pula adalah term yang digunakan bagi menghuraikan hue yang lebih gelap bermula daripada normal value dengan menambah warna hitam di dalamnya. Value of colour juga boleh dibandingkan dengan menggunakan gray scale.

9270557_f248

 

Source: www.truevaluepaint.com; www.reference.com; www.filarecki.com; www.uwgb.edu

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This