OTOMAN PENYERI KEDIAMAN

nockeby-ottoman-gray__0250575_pe388985_s4Kehadiran otoman di dalam dunia hiasan dalaman sudah tidak asing lagi, namun, terdapat segelintir individu yang masih tidak mengetahui apakah itu otoman. Kadang-kadang kita hanya duduk sahaja di mana-mana sofa terutamanya ketika menziarahi sanak saudara semasa menyambut perayaan tanpa mengetahui apakah nama atau jenisnya.

 

Untuk pengetahuan semua, otoman ini bermaksud tempat duduk yang panjang, rendah dan berkusyen tanpa penyandar atau lengan.

 

Tujuan asal kegunaan otoman adalah sebagai penahan beban kaki ketika berehat di sofa utama. Di Eropah, pada asalnya otoman adalah perabot yang mempunyai ukuran yang lebih besar, namun, disebabkan perubahan zaman, reka bentuknya juga turut berubah sehinggalah seperti yang terhasil pada hari ini.

 

Selain itu, otoman juga turut dikenali sebagai tempat duduk kerusi rehat empuk atau bangku. Kebiasaannya, perabot yang mempunyai ciri-ciri seperti ini akan digunakan sebagai bangku, bangku kaki atau ada juga yang menggunakannya sebagai meja kopi. Tambahan pula, otoman juga berfungsi sebagai bangku yang mempunyai ruang penyimpanan di dalamnya sekaligus dapat menjimatkan ruang kediaman anda.

 

Keadaan otoman yang fleksibel dan mudah dialih menjadikan ia sebagai pengganti meja di ruang tamu terutamanya apabila tuan rumah meraikan tetamu yang ramai secara serentak. Di samping itu, ia juga berperanan sebagai penyeri kediaman.

 

Material yang digunakan untuk menghasilkan otoman ialah daripada jenis fabrik kapas, baldu atau kulit, atau PVC (polyvinyl chloride).

 

Ya, otoman mempunyai pelbagai fungsi di pelbagai ruang di kediaman anda antaranya ruang tamu, bilik permainan, bilik keluarga dan bilik tidur, namun, ia tidak sesuai diletakkan di ruangan yang sempit yang disusun dengan set sofa lengkap kerana jika tidak, dekorasi di kediaman anda akan tampak agak padat dan tidak selesa.

 

Credit to: Faizal Zain, http://www.hmetro.com.my/node/162140

 

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This