MENJAGA LANTAI LAMINASI

Secara amnya, lantai laminasi terkenal dengan cirinya yang tidak tahan kepada kelembapan dan calar. Namun, masalah ini dapat dikurangkan dengan mengikut beberapa tips di bawah ini:

  1. Gunakan permaidani atau rug sebagai alas pada ruang yang mempunyai laluan trafik yang sibuk.
  2. Elakkan menyeret perabot kerana ia boleh meninggalkan kesan calar.
  3. Pastikan anda sentiasa menyapu permukaannya agar tidak berhabuk atau terlekatnya kotoran.
  4. Elakkan mengguna pencuci lantai beraroma kerana ia akan meninggalkan kesan kesat pada lantai.
  5. Pastikan sebarang tumpahan dikeringkan dengan segera kerana ia akan menyebabkan lantai mengembang dan rosak.
  6. Gunakan alas pada bahagian kaki perabot sebagai langkah mengelakkan kesan mendapan atau calar pada lantai.
  7. Elakkan menggunakan kasut bertumit kerana bimbang akan tercalar.

Interior-Karpet-Rumah-Minimalis-di-Kamar-Tidur-6-Karpet-Merah-Kecokelatan-kombinasi-kamar-dan-lantai-kayu

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This