HAPUSKAN KESAN MINYAK!

Selepas memasak pasti akan meninggalkan kesan minyak yang merenyahkan dan sukar untuk dicuci.

Kesan minyak ini perlu dicuci dengan mengikut cara yang betul kerana jika tersalah cara, minyak yang sedikit boleh merebak ke kawasan sekitar yang lain.

Oleh itu, di bawah ini merupakan cara-cara untuk menghapuskan kesan minyak yang boleh anda ikuti:

 

(1) Gunakan material mengelap yang mempunyai daya serapan yang tinggi. Contohnya, kapas atau span mencuci.

 

(2) Letakkan sedikit sabun dan bilas pengelap anda sebelum mengelap kesan minyak.

 

(3) Lap kesan minyak dengan cara membulat dengan radar yang terhad agar kesan minyak tidak merebak jauh.

 

(4) Kaedah menyerap minyak menggunakan tepung atau bedak talkum juga boleh anda aplikasikan dalam proses menghapuskan kesan minyak tersebut.

 

(5) Bilas pengelap dengan menggunakan air sabun dan ulang proses mengelap sehingga kesan minyak betul-betul hilang.

 

(6) Jika kesan minyak hampir hilang, lapkan permukaan dapur tersebut dengan cucian air biasa.

 

(7) Periksa kesan minyak tersebut dengan mengelap bahagian tersebut menggunakan kertas tisu dapur.

 

Gloved Hands Cleaning Stove Top Range with Spray bottle

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This