CARPET TILES VS ROLL CARPETING

Roll carpeting semakin popular dari tahun ke tahun sebagai alternatif kepada jenis lantai yang lain. Permukaan lantai kediaman anda akan menjadi lebih lembut dengan pemasangan karpet dan berperanan sebagai kusyen untuk kanak-kanak bermain di lantai atau sebagai tempat untuk anda berjalan santai di atasnya. Ia juga dapat membantu kaki anda untuk sentiasa berada dalam keadaan yang hangat walaupun pada cuaca sejuk. Baru-baru ini, terdapat pilihan lain yang lebih available iaitu carpet tiles. Carpet tiles digunakan di bangunan komersil dan di rumah sebagai pilihan untuk flooring.

 

ROLL CARPETING

Roll carpeting datang dalam keadaan yang mempunyai pelbagai ketebalan dan fabrik. Ia juga datang dalam keadaan di mana saiz roll adalah berbeza sebagai pilihan untuk pembeli memilih option yang terbaik untuk kediaman pembeli. Tidak kira sama ada pembeli ingin memasang karpet untuk beberapa bahagian rumah sahaja atau di keseluruhan rumah. Carpet rolls ini lebih tahan lama sehingga mencapai tempoh beberapa tahun. Ia juga mampu milik dan mencapai bajet pembeli, bergantung juga kepada jenis karpet dan kualitinya.

 

img_20140806_164442

 

CARPET TILES

Carpet tiles menjadi kesukaan ramai pada masa kini kerana ia mudah dipasang dan digantikan semula. Jika ia kotor, ia agak mudah untuk ditanggalkan dan dicuci semula atau mungkin untuk digantikan dengan carpet tiles yang baru. Ia lebih murah dan jimat berbanding dengan menggantikan keseluruhan karpet (rolling carpet) yang hanya terdapat satu atau dua kotoran sahaja. Ia juga sangat sesuai digunakan pada kawasan yang high traffic di mana terdapat orang yang kerap melalui kawasan tersebut. Pada bahagian belakang tiles tersebut juga telah dipasang dengan kusyen/material lembut dan pembeli tidak perlu bersusah payah untuk membeli pad/sejenis material yang lembut dan berbentuk tersebut secara berasingan.

wc_tactilesblanket

 

MEMILIH KARPET YANG BETUL!

Sebelum membuat keputusan untuk membeli karpet tidak kira ia berbentuk gulungan atau petak, pembeli perlu mempertimbangkan kesemua faktor di bawah ini terlebih dahulu untuk keselesaan pembeli pada masa hadapan:

(a) Padding

Padding merupakan material yang menjadikan karpet terasa lebih lembut dan kelihatan mewah! Kebiasaannya, padding akan dipasang pada permukaan belakang carpet tiles. Selain menambahbaik feel karpet tersebut, ia juga membantu mengawal suhu dan menutupi ketidaksempurnaan lantai sedia ada di kediaman anda. Ia juga menjadikan karpet terletak dengan betul. Bagi roll carpet pula, karpet dan padding tidak disatukan seperti carpet tiles.

(b) Pile

Pile merujuk kepada permukaan sebenar dan benang yang digunakan sama ada dalam keadaan bergelung, dipotong lurus atau combination daripada keduanya. Sesetengah pile dibuat dengan ketat agar ia lebih tahan lama manakala ada juga yang direka dengan lembut. Setiap pilihan mempunyai rupa yang unik dengan gaya reka bentuk yang berbeza sebagai option kepada pembeli.

(c) Materials

Anda mestilah memilih material yang sesuai untuk karpet anda. Dengan membeli material yang tepat,ia dapat memberi kesan kepada berapa panjang pemakaian karpet, keselesaan dan harganya. Terdapat produk natural seperti wool atau man-made atau karpet synthetic seperti nylon. 

 

MAINTENANCE!

Meskipun carpet tiles secara umumnya mudah untuk maintain kerana cirinya yang mudah dicabut dan dibersihkan, namun kenyataannya adalah keperluan penjagaan untuk karpet jenis ini adalah bergantung kepada fabrik, pile dan stain protection. Karpet yang mempunyai tekstur dapat menyembunyikan habuk dengan baik dan ia menjadikan karpet tersebut kelihatan baik sehinggalah anda membelinya dan jangan lupa untuk membersihkannya terlebih dahulu!

 

LAIN-LAIN!

Sebelum membeli karpet, anda perlu mempertimbangkan terlebih dahulu kos dan waranti daripada pembelian karpet tersebut. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mendapatkan maklumat mengenai tempoh ketahanan karpet tersebut. Selain itu, anda perlu mempertimbangkan sama ada anda sendiri yang ingin  memasang karpet tersebut ataupun mengupah orang lain untuk memasangnya. Penggunaan peralatan yang professional semasa proses pemasangan adalah penting bagi mengelakkan kecacatan pada karpet tersebut.

 

*Sumber rujukan: www.ebay.com

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This