6 FAKTOR PEMILIHAN KUSYEN DI RUANG TAMU

Kusyen memainkan peranan besar sebagai ‘penghias tambahan’ bagi sofa. Oleh itu, faktor cantik sahaja tidak boleh diambil kira dalam memilih sofa di ruang tamu anda. Berikut merupakan faktor lain yang perlu diambil kira dalam memilih kusyen yang sesuai:

(1) Saiz Kusyen

Saiz kusyen yang bakal ditentukan adalah berdasarkan kepada saiz sofa atau kerusi di ruang tamu anda. 12 inci hinga ke 18 inci merupakan antara saiz standard kusyen. Maksimum saiz kusyen kebiasaannya adalah 24 inci di mana ia sesuai digandingkan dengan perabot yang besar dan dengan ruang tempat duduk yang mencukupi. Jika tidak, anda perlu meletakkan kusyen di bawah setiap kali ingin duduk akibat faktor kusyen yang terlalu besar.

(2) Fungsi Kusyen

Tentukan dahulu fungsi kusyen adalah sebagai tempat menyandar atau sebagai hiasan sahaja. Jika penggunaannya agak lasak, adalah lebih baik jika anda membelinya pada harga yang lebih mahal sedikit kerana ia boleh tahan lama dan lebih selesa.

(3) Bilangan Kusyen

Andalah yang menentukan bilangan kusyen anda! Kerana tiada had di dalam bilangan kusyen yang boleh digunakan asalkan tidak nampak sempit. Anda juga tidak perlu hadkan penggunaannya kepada satu design kusyen sahaja. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan 2 biji kusyen yang mempunyai design yang sama di sofa besar manakala 1 biji lagi yang diletakkan di single chair dengan design yang lain pula.

(4) Bentuk Kusyen

Segi empat, segi empat tepat dan bulat merupakan antara 3 bentuk asas kusyen. Pemilihan bentuk kusyen juga bergantung kepada bagaimana kusyen tersebut akan digunakan. Misalnya, jika anda memerlukan kusyen yang boleh menyokong badan anda semasa berehat, anda boleh menggunakan kusyen yang berbentuk segi empat tepat di mana ia boleh menyokong leher atau belakang anda.

(5) Corak dan Warna Kusyen

Corak dan warna kusyen mestilah berpadanan antara satu sama lain. Misalnya, anda boleh memilih kusyen cetakan warna-warna neutral seperti putih, krim atau kuning air yang mana warnanya tidak “memenatkan” mata. Pemilihan kusyen cetakan warna neutral ini juga sesuai digunakan jika anda sukakan corak yang berani. Jangan takut untuk campuran corak. Yang penting, kebanyakannya mempunyai sekurang-kurangnya satu warna yang sama (sebelah neutral).

(6) Tema dan Konsep Ruang Tamu

Kain, warna dan tekstur kusyen perlu ditentukan juga berdasarkan kepada tema dan konsep ruang tamu di rumah anda.

*Sumber rujukan: www.impiana.my

 

blue-and-yellow-accents*Sumber gambar: www.home-designing.com

 

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This