5 KESILAPAN DALAM MEMILIH WARNA DINDING

difference-between-cheap-and-expensive-paint

Jangan biarkan perabot sahaja berjenama tetapi ruang kediaman anda pula kelihatan hambar dan kusam. Oleh itu, elakkan memilih warna dinding yang salah kerana ia akan mencacatkan keadaan rumah anda. Di sini merupakan antara kesilapan dalam memilih warna dinding yang perlu anda elakkan:

(1) MENGECAT KESELURUHAN DINDING DAN SILING YANG BESAR DENGAN WARNA PUTIH SAHAJA.

Warna putih sememangnya merupakan warna yang selamat. Tetapi, ia kurang sesuai digunakan pada keseluruhan ruang terutamanya ruang yang besar kerana ia akan menjadikan ruang tampil mati dan hambar. Jika anda tidak sukakan warna gelap, sekurang-kurangnya anda masih boleh menggunakan warna yang bertona cerah seperti warna krim.

(2) TERLALU BERPEGANG PADA PRINSIP “MUST-MATCHING”.

Terlalu mahukan warna dinding yang bersesuaian dengan fabrik sofa, kusyen, langsir dan sebagainya adalah antara langkah yang kurang bijak dan salah sama sekali. Ruang akan kelihatan tidak menarik jika kesemuanya ingin dipadankan dengan warna yang sama sahaja. Sekurang-kurangnya anda boleh menggunakan satu warna yang menonjol di dalam ruang anda serta warna yang bersesuaian untuk digandingkan bersama.

(3) TERLALU BERWARNA-WARNI.

Warna warni sememangnya akan menjadikan ruang kediaman anda tampak ceria! Tetapi, BERHAT-HATI kerana ia akan menjadikan ruang anda tampil serabut. Menurut pereka Todd Klein, “Terlalu berani tampil dengan berwarna-warni sehingga adakalanya terlupa bahawa anda perlu untuk mengimbangi dengan warna-warna neutral”. Sebagai tambahan, anda juga boleh merehatkan mata anda dengan menggunakan sedikit warna putih atau kelabu di ruang anda.

(4) TERLALU BERMAIN DENGAN “WARNA SELAMAT”.

Jika anda selesa menggunakan palet berwarna neutral, jangan lupa untuk menggandingkan ia dengan beberapa warna yang terang. Kadang-kadang, warna yang hangat ini diperlukan pada sesuatu ruang agar ruang kediaman anda tidak kelihatan bosan. Menurut pereka Betsy Brown, “Salah satu kesilapan terbesar adalah apabila anda memilih warna neutral, tetapi langsung tidak menyuntik sebarang warna kontra”.

(5) SETIAP RUANG BERBEZA WARNA.

Ya, anda tidak perlu menggunakan warna yang sama untuk setiap ruang, TETAPI, jika ingin juga membuat warna yang berbeza untuk setiap ruang, pastikan warnanya ada kesinambungan dan ada kena mengena antara satu sama lain.

*Sumber rujukan: www.impiana.my

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This