4 SEBAB RUMAH MINIMALIS PERFECT UNTUK ANDA

Rumah Minimalis terkenal dengan cirinya yang tersusun, kemas dan tenang. Berikut merupakan 4 sebab kenapa rumah minimalis adalah perfect untuk anda:

(1) Saya TIDAK SUKA rumah yang bersepah!

Tidak perlu membuang kesemua barang yang telah sedia ada di kediaman anda. Strategi untuk mendapatkan rumah minimalis ini adalah anda hanya perlu menyembunyikan barang-barang tersebut di tempat penyimpanan yang lebih sistematik dan teratur.

platform-bed-make-room

*Kebiasaannya, ruang di bawah katil dikenali sebagai ruang yang ‘mati’. Jadi, di sini, lebih baik jika manfaatkan sepenuhnya ruang tersebut dengan mencipta satu ruang untuk menyimpan barangan anda seperti pakaian, aksesori dan barangan yang lain.

 

(2) Saya TIDAK SUKA membelanjakan wang pada barangan yang tidak penting!

Kurang pemilikan barang adalah salah satu ciri rumah minimalis. Senjata rahsia adalah dengan miliki perabot yang multifunction. Dengan hanya mempunyai satu atau dua sahaja bilangan perabot, anda sudah boleh menjimatkan ruang tersebut juga.

white-minimalist-kitchen-ikea

*Siapa kata ruang makan hanya ada satu fungsi sahaja? Anda boleh meletakkan day bed pada ruang makan tersebut sekaligus dapat menjadikan satu ruang tersebut dengan fungsi yang pelbagai. Contohnya, Hemnes Day Bed daripada IKEA seperti gambar di atas yang mempunyai fungsi yang serba boleh!

 

(3) Saya SUKAKAN persekitaran yang bersih dan warna palet yang neutral.

Warna palet putih sememangnya sukar untuk ‘mantain’ namun secara visual, warna putih menampakkan ruang anda lebih luas. Jika warna putih bukan warna pilihan anda, anda boleh juga menggunakan warna neutral lain yang lebih terang seperti dove gray. Aplikasikan tona yang lebih cerah pada dinding, lantai, perabot dan detail dekorasi yang lain dan anda akan rasai rumah anda lebih bersih dan besar.

minimalis-living-room-0932-design

*Gandingan dinding dan lantai yang berwarna putih dan selain daripada warna putih dengan dihiasi perabot yang mempunyai warna yang lebih kurang sama dengan tema warna yang dipilih menampakkan ruang anda lebih luas. Jika anda berasa skema warna ini nampak boring, cuba gandingkan pula tekstur yang berlainan di ruang anda.

 

(4) Saya TIDAK SUKA mengambil masa yang lama untuk membersihkan atau maintenance rumah.

Rumah minimalis terkenal dengan cirinya yang kurang maintenance.

minimalist-bedroom-hafary

*Homogeneous tiles sangat sesuai dipasang di rumah minimalis kerana ia bukan sahaja mudah untuk mantain malahan juga cost effective. Lagi-lagi pada masa kini di mana tiles di pasaran sudah mempunyai pelbagai tona dan tekstur, jadi anda mempunyai banyak pilihan yang boleh dipilih!

Sumber rujukan: Squarerooms

Comments

comments

Dapatkan Tips Penjagaan Bilik Tidur

Masukkan nama dan email untuk dapatkan tips.

Nama Panggilan:
Email Utama Anda:

You message successfully subscribe. Thank You.

Share This